Site logo

14 Lokasi Nasi Dagang Terbaik di Kuantan

Facebook
Twitter
LinkedIn

Sebelum ni aku pernah kongsikan 7 Lokasi Nasi Dagang Terbaik di Kuantan. Kali ini kita update lagi lokasi nasi dagang terbaik di Kuantan khas untuk VisitPahang.my. Sooo, lets go!

Sebenarnya, bila update post ni baru  sedar yang aku adalah salah seorang penggemar nasi Dagang. Terasa macam pemburu Nasi Dagang gitu. Sedar tak sedar banyak juga tempat aku dah cover. Cuma yang aku listkan disini adalah yang boleh singgah makan dilokasi, tidak termasuk yang dah siap bungkus. Ia juga tidak ikut turutan ya. 

Nanti boleh bolehlah singgah dan cuba dan kongsikan apa pandangan korang ya.

1. De’Aisyah Kitchen (Jalan Kuantan-Bypass)

 
De’Aisyah Kitchen atau Arked Medan Selera R&R Bypas, merupakan kedai makan berkonsepkan medan selera. Di sini ada dijual pelbagai jenis hidangan pagi seperti nasi lemak, nasi dagang, lempeng, mee, roti jala, dan pelbagai kuih muih yang disediakan oleh vendor yang berbeza. Boleh termenung juga bila nak buat pilihan, memang rasa nak cuba semua. Nasi dagang disediakan oleh Kemira, yang juga terkenal dengan Nasi Kerabu Kemira. Boleh cuba dua-dua, terus menyandor…

2. Cafe Di Hujung Landasan (Jalan Gambang)

 
Di sini juga berkonsepkan medan selera yang mempunyai beberapa penjual yang menyediakan pelbagai pilihan sarapan pagi. Sesuai untuk bersarapan bersama kawan-kawan dan keluarga. Disni juga terdapat Roti Canai, laksam, pelbagai jenis mee dan juga kuih muih.

3. Nasi Dagang Ubai (Jalan Kuantan-Pekan)

 
Ok, Nasi Dagang Ubai ni dalam kategori “Lejen”. Tak perlu diperkenalkan lagi, dah beroperasi berpuluh tahun, dari kedai kayu sampai kedai batu. Kalau sebut Nasi Dagang di Kuantan, ramai akan teringat Nasi Dagang Ubai yang terletak di jalan Kuantan-Pekan. Jauh sikit tapi berbaloi-baloi. Ramai cyclist dari kuantan check point kat sini sekarang ni. Kalau korang kaki kayuh, boleh cuba route Kuantan-Pekan ni!

4. Nasi Minyak Warisan Eda Yasin (Taman Gelora)

 
Restoran Eda Yasin ni pula memang “faymes” dengan nasi minyak warisan turun temurun, tetapi ada juga nasi dagang yang tak kurang power! Kena try jugak cek mek molek dia sekali weh. Koi kabo awal-awal! Sedak!

5. Restoran Selera Padang (Jalan Mahkota)

 
Haaa, Restoran Selera Padang ni juga antara kedai “Lejen” di Kuantan yang sudah berpuluh tahun beroperasi. Selain Nasi Dagang, Nasi Minyak, Nasi Lemak, Nasi Impit Kuah Kacang dan Lempeng Kelapa juga ada disini.

6. Norda Tomyam (Tanjung Api)

 
Sebelum sampai di sini pastikan korang dah set dalam fikiran nak makan Nasi Dagang, kalau tidak confirm boleh berubah fikiran nak cuba nasi berlauk pula bila melihat pelbagai pilihan lauk yang ada.

7. Kedai Makan KNF Fateen (Beserah)

 
Kalau korang menghala ke Beserah, korang boleh singgah di kedai makan KNF Fateen. Boleh tahan ramai juga ni, selain ada Nasi Dagang, ada juga Nasi Kerabu, Nasi Lemak dan Nasi Berlauk termasuklah pelbagai kuih-muih. Roti canai sarang burung pun ado!

8. Gerai Beserah Jaya (Beserah)

 

Gerai Beserah Jaya ini merupakan antara kedai sarapan pagi dengan suasana kampung pilihan ramai di Beserah. Anda boleh cuba Nasi Dagang dan juga Roti Canai Sarang Burung Bawang mereka yang sedap. Belum makan lagi dah terliur!

9. Restoran Baina Nasi Kerabu

 

Kelainan Nasi Dagang di Restoran Baina Nasi Kerabu ini adalah ia diperbuat daripada beras Basmathi. Jarang dengar orang buat Nasi Dagang menggunakan beras batsmathi kan? Kalau nak tahu boleh cuba di sini.

10. Pok Jeff Nasi Dagang

 

Pok Jeff Nasi Dagang merupakan restoran Nasi Dagang dan Nasi Minyak yang pernah viral di media sosial suatu ketika dahulu ketika ia dibuka di tepi Jalan Gambang berhampiran Kem Batu 10 dan TUDM. Sekarang ia telah berpindah ke restoran yang lebih besar dan selesa tetapi agak sedikit tersorok.

 

11. Restoran Cucu Tok Merah

 

Restoran Cucu Tok Merah yang terletak di Indera Mahkota 14 merupakan sebuah restoran favourite aku juga suatu ketika dahulu  disebabkan ia terletak berhampiran dengan rumah ketika menetap di Indera Mahkota. Namun bukan itu sahaja, selain daripada Nasi Dagangnya yang sedap Roti Canai nya
juga mantap dengan kuah kari yang betul-betul kari dan kuah dal betul-betul dal! Haaaa…. cuba laa kalau nak tahu!

12. Kedai Makan Noor Azliha (Nasi Dagang)

Kedai Makan Nur Azliha Nasi Dagang By VisitPahang.my Kedai Makan Nur Azliha Nasi Dagang By VisitPahang.my

Kedai Makan Noor Azliha Nasi Dagang ni boleh dikatakan juga salah satu kedai nasi dagang dan nasi minyak lejen di Kuantan. Ia terletak berhampiran tempat naik ikan Tanjung Api. 

13. Restoran Tanjung Selera Warisan Bonda

Tanjung Selera Warisan Bonda Dan Roti Canai by VisitPahang.my

Restoran Tanjung Selera Warisan Bonda ini terletak betul-betul berdepan dengan Sekolah Menengah Al-Ehsan, Kuantan. Kalau sarapan di sini boleh rambang mata juga sebab terdapat ban yak pilihan sarapan pagi selain daripada Nasi Dagang. Hati perlu nekad buat pilihan sebelum sampai hehehe.

14. Roots By Kebun Kota

Roots by Kebun Kota by VisitPahang.my

Roots by Kebun Kota by VisitPahang.my

Roots By Kebun Kota juga ada menyediakan hidangan Nasi Dagang dan hidangan lain yang enak dimasak sendiri oleh pemilik Roots. Boleh dikatakan segala yang ada di Roots By Kebun Kota amat menarik, daripada pilihan menu yang ada, cara persembahan hidangan, rekabentuk dalaman premis dan sumber bahan mentah yang ditanam sendiri menjadikan the Roots By Kebun Kota wajib dicuba.

Kesimpulannya...

Susah sebenarnya nak buat kesimpulannya hahaha. Jadi begitulah beberapa lokasi nasi dagang terbaik di Kuantan daripada aku buat masa ni. Ini pun kalau korang baca artikel sebelum ni tentang nasi dagang, ada beberapa restoran dah takde dalam senarai disebabkan sudah tutup operasi. Kalau tidak mungkin ada extra yang boleh korang try! Jadi sekiranya korang mempunyai feedback dan cadangan bolehlah tinggalkan komen dibawah. Terima kasih.

More to explorer

  • No comments yet.
  • Add a comment
    ×