Site logo

Kampung Rimau, Tapak Perkelahan Privasi di Sungai Lembing

Facebook
Twitter
LinkedIn

Kebelakangan ini, tempat-tempat riadah seringkali dipenuhi dengan pengunjung bila cuti menjelma atau bila tibanya hujung minggu. 

Sebut saja di mana tempat riadah (perkelahan), Pantai Sepat, air terjun Panching, Teluk Cempedak, Pantai Cempaka ataupun Batu Hitam, semua dah sesak dengan pengunjung bila tiba waktu cuti.

Jadi, di mana lagi tempat “Best” boleh lepak-lepak bersama keluarga tanpa diganggu dengan ramai pengunjung?

KAMPUNG RIMAU

Saya dapati ramai tak tahu tentang Kampung Rimau yang terletak di Sungai Lembing ni. Jadi berikut saya kongsikan gambar-gambar tapak perkelahan ini. Mungkin tempat ini sesuai dijadikan lokasi pilihan bagi kita yang hendak bersantai bersama keluarga atau rakan-rakan tanpa diganggu oleh orang lain.

 

 

Macam mana? Menarik tak? Jangan terkejut, sebenarnya lokasi tepat tempat ini terletak di belakang rumah orang!

Boleh ke lepak situ? Nanti dimarahi pula oleh tuan rumah. Jawapannya, sudah tentu boleh! Tuan rumah sendiri yang benarkan pengunjung beriadah di situ. Tapi dengan pengerasnyalah iaitu bayaran parking kereta serendah RM5 sahaja untuk sebuah kereta.

Satu lagi, nak datang sini pun perlu buat tempahan tau, tuan rumah tak benarkan kalau tiada tempahan dibuat.

Lokasi tempat ini di Sungai Lembing. Jalan ke depan lagi dari muzium dan atas lagi dari jambatan gantung.

Nak datang kena call dulu tuan rumahnya. Nanti saya kongsikan nombor telefon dan peta lokasinya.

Nota Kaki :Sebarang pertanyaan atau pembetulan pada artikel ini boleh email ke [email protected] atau WhatsApp 0127083012

Sumber: https://azwanlazam.wordpress.com/

More to explorer

  • No comments yet.
  • Add a comment
    ×