Description
Air Terjun Jeram Pelangi merupakan salah satu tarikan utama di Kampung Kuala Sentul. Ia mengalir sehinggalah sampai ke Taman Rekreasi Che Minah Sayang. Ia terletak berhampiran kawasan perkampungan namun mengambil masa dua setengah jam berjalan kaki untuk sampai ke lokasi air terjun. Untuk masuk ke Jeram Pelangi perlu menggunakan khidmat belia daripada JKKK Kampung Kuala Sentul sebagai jurupandu yang merupakan salah satu aktiviti ekonomi disini. Terdapat beberapa air terjun di Jeram Pelangi, antaranya ialah:
- Air Terjun Batu Hampar (Tapak perkhemahan di sini)
- Air Terjun Lubuk Kawah
- Air Terjun Tebing Tinggi
- Air Terjun Pelangi
- Air Terjun Atas Pelangi
- Air Terjun Batu Tangga
Location
-
Air Terjun Jeram Pelangi Base Camp, 26500 Maran, Pahang
Add a review