Description
Anda inginkan penginapan di bandar tetapi nak feel-feel kampung? Kampungstay Desa Murni merupakan lokasi penginapan yang paling ideal bagi anda. Terletak hanya 15 minit sahaja dari Tol LPT, lokasinya memang strategik dan senang diakses. Anda akan dapat rasakan seperti berada di kampung kerana binaan-binaan homestay ini dibuat daripada kayu dan bercirikan rumah kampung Melayu. Anda juga boleh menyewa basikal yang disediakan oleh pihak homestay untuk melihat kawasan kampung di sini. Aktiviti yang ditawarkan seperti memancing dan mencating batik juga ada untuk disertai. Kemudahan di sini lengkap dengan kolam renang, Wifi dan taman permainan kanak-kanak. Ana juga rawatan bekam serta mendapatkan urutan di spa. Pastinya harga berbaloi dengan perkhidmatan yang diberikan kepada anda.
Location
-
Kampongstay Desa Murni, Temerloh, Pahang 28020, Malaysia
Add a review