Description
Menceritakan sejarah Sungai Lembing, menurut cerita yang pernah diceritakan oleh arwah datuknya, Sungai Lembing mendapat nama dari kisah sebatang lembing yang digunakan untuk menongkah arus deras di Sungai Kenau. Sejak dari itu, tempat berkenaan di namakan dengan Sungai Lembing, sempena peristiwa tersebut.
Menurut versi lain, Sungai Lembing dijumpai oleh dua orang, Tok Keboh yang kini berpusat di Ladang Mentiga dan Tok Kenau yang berasal dari Kuala Kenau. Mereka juga di antara yang terawal menjumpai bijih timah di Sungai Lembing. Tok Tangguk, anak kepada Tok Kebah yang mengantikan bapanya meneruskan legasi mengambil alih dan membesarkan perusahaan bijih timah di Sungai Lembing sebelum di ambil alih oleh pelombong Cina.
Sungai Lembing mendapat nama dari peristiwa seekor kijang. Sekumpulan orang asli telah melontar sebatang lembing kepada kijang tersebut. Demi menyelamatkan diri kijang telah terjun dan hilang di Sungai Kenau. Dan begitulah Sungai Lembing mendapat namanya.
Lombong bijih timah Sungai Lembing mempunyai kedalaman sedalam 610 sehingga 700 meter. Ketinggian terowong adalah dari 12 kaki sehingga 200 kaki. Panjangnya pula adalah 322 kilometer panjang dan ia telah menjadikan Lombong Bijih timah Sungai Lembing sebagai yang terdalam di dunia. Tiada peralatan moden digunakan. Pelombong menggali lombong secara manual dengan bantuan bahan letupa
Industri perlombongan di Sungai Lembing di bangunkan pada tahun 1886 oleh Mr William Frazer, mewakili syarikat The Pahang Mining Company Limited yang berpusat di London. Pada 1888, syarikat telah menukarkan nama kepada The Pahang Corporation Limited (PCL) kerana masalah kewangan.
Pada tahun 1906 PCL telah di tutup dan di ambil alih oleh Syarikat Pahang Consolidated Company Limited (PCCL). Sepanjang tempoh berkenaan sehingga tahun 1915 terowong sepanjang 40 batu telah di korek.
Hasil daripada bijih timah di sungai Lembing diungkap sebagai ‘Penyelamat Mahkota Ratu England’ yang mana ketika itu Britain mengalami kemerosotan ekonomi yang agak serius.
Namun Lombong Bijih Timah mengalami zaman kemorosotannya setelah syarikat gagal menguruskan hasil pribumi ini dengan betul dan akibat kejatuhan pasaran bijih timah dunia. Pada tahun 1986 menyaksikan berakhirnya zaman kegemilangan Sungai Lembing. Dan kini Lombong Bijih Timah Sungai Lembing hanyalah tinggal kenangan dan sejarah.
Kini, Sungai Lembing makin di kenali sebagai tempat pelancongan. Bekas tapak lombong bijih timah menjadi sumber tarikan utama bagi penduduk setempat dan juga pelancong dari luar negara. Di situ kita boleh merasai pengalaman berada di dalam terowong sempit yang pernah satu ketika dulu menjadi sumber rezeki bagi penduduk Sungai Lembing.
Sungai Lembing, Bandar yang ditinggalkan selepas penutupan lombong bijih timah pada tahun 1996. Rata-rata penduduk berpindah kerana peluang pekerjaan tiada lagi di Sungai Lembing selepas penutupan lombong. Bangunan lama yang makin usang dan tidak berpenghuni menyebabkan Sungai Lembing dikenali sebagai ‘Ghost Town’. Hanya warga tua yang menetap disitu sementara yang muda mula meninggalkan Pekan berkenaan.
Berada di Sungai Lembing seperti kita berada di zaman silam. Bangunan kayu usang berdindingkan zink yang ditinggalkan mengembalikan nostalgia lama. Tiada bangunan batu pencakar langit, hanya yang ada ialah tinggalan bangunan dan rumah kayu usang. Penduduk setempat masih lagi mengekalkan seni bina tradisional lama. Sepanjang kami di sana hanya satu bangunan batu dan yang lainnya masih lagi kekal seperti dahulu.
Di antara tempat menarik yang boleh di lawati adalah Muzium Sungai Lembing, Air Terjun Pelangi, Gunung Panorama, Gunung Tapis, Tai Pei Tong (Lombong bijih timah bawah tanah) Ladang Rusa, Jambatan Gantung yang sudah berusia lebih 100 tahun dan Time Capsule Retreat adalah salah satu tempat penginapan yang tersenarai sebagai ‘Top 10 Hotel to Visit in Malaysia’
Sumber: https://www.pahang.gov.my/index.php/pages/view/367?mid=138
Location
-
Terowong Bijih Timah Sg.Lembing, Sungai Lembing, Pahang 26200, Malaysia
Add a review