Description
Restoran ratu patin merupakan restoran 3 tingkat di tengah bandaraya kuantan. Restoran ini menyediakan lebih 100 jenis makanan tradional malaysia amnya dan makanan tradisional Pahang khususnya. Antara lauk pauk yang menjadi tumpuan pengunjung yang datang adalah pais patin, gulai tempoyak patin, daging salai masak lemak cili api, siput sedut, gulai kawah, kari kambing, perut asam, sambal hitam,pelbagai jenis kerabu dan ulam-ulaman.
Selain daripada lauk pauk yang pelbagai jenis dan menyelerakan, dekorasi restoran yang cantik dan mewah turut menjadi tumpuan pengunjung untuk membawa seisi keluarga menjamu selera. Selain dari itu, Ratu Patin juga menawarkan harga yang berpatutan dan sesuai untuk semua golongan masayarakat. semenjak dibuka,
Restoran Ratu Patin telah dikunjungi oleh ramai tetamu vvip dan para artis terkenal tanah air, antaranya ialah YAM TENGKU PANGLIMA PERANG TENGKU AHMAD ISMAIL MUADZAM SHAH. Selain itu Ratu Patin juga menjadi tumpuan para pelancong yang datang ke kuantan.
Harapan kami di Ratu Patin adalah dapat memperkenalkan lagi masakan tradisional negeri Pahang dan menonjolkan lagi keunikan negeri pahang dari segi makanan yang pelbagai serta lazat kepada para pelancong dari dalam dan luar negara.
Location
-
Restoran Ratu Patin, Lot 49 ( Tingkat bawah ) dan lot 49A ( Tingkat atas), construction town , jalan putra square 7,, Kuantan, Malaysia
Add a review