Site logo
Description

Sedang mencari lokasi yang jauh dari kesibukan kota bandaraya untuk menghabiskan masa bersama seisi keluarga? Terdapat satu kawasan perkelahan yang popular yang terletak di Kuala Sentul, Maran, Pahang iaitu Taman Eko Rimba Lubuk Yu yang dinamakan sempena air terjun yang berbentuk U yang terdapat disitu.

Taman Eko Rimba Lubuk Yu yang bakal dijenamakan semula sebagai Taman Negeri Lubuk Yu, diuruskan oleh Lubuk Yu Ecopark dan akan diwartakan sebagai salah sebuah "PAHANG STATE GEOPARK".

Pelbagai kemudahan telah dan sedang dibina antaranya Dewan Serbaguna yg boleh memuatkan 200 orang, laluan denai interpratif, pondok gazebo, chalet VIP, tapak perkhemahan, tandas awam tambahan dan pelbagai lagi. Kerja sama dari orang awam sangatlah di hargai.

Selain dari itu, perubahan drastik dari segi polisi kedatangan pengunjung juga akan dilaksanakan demi menjaga quality Taman Eko Rimba Lubuk Yu ini supaya bertaraf antara bangsa. Kami tidak lagi mengejar kuantiti pengunjung tetapi Kualiti Pengunjung.

Sehubungan dengan itu, pengunjung untuk Hari Biasa (Isnin-Khamis) akan dihadkan kepada 200 orang pengunjung sehari sahaja manakala untuk Hujung Minggu & Cuti Umum akan dihadkan maksima 400 orang pengunjung sehari sahaja.

Fees kemasukan juga akan diubah semula agar lebih berpatutan dan setimpal untuk menanggung Kos Operasi kami.

Ada beberapa event yang pernah dianjurkan disini adalah seperti berikut:
• Lubuk Yu Hammock Fest
• Evergreen Music Festival
• Campervan & MotorHome Gathering

Arahan tegas ; TIDAK DIBENARKAN SEBARANG AKTIVITI MEMANCING,MENJARING, MENJALA DAN SEGALA JENIS PENANGKAPAN SPESIS SUNGAI akan diteruskan dengan tegas. NO KOMPROMI! Namun, kami mungkin akan mempertimbangkan untuk menganjurkan PESTA MEMANCING TERKAWAL SETAHUN SEKALI disini.

Semoga segala apa yang diusahakan oleh kami ini dipermudahkan.

Lubuk Yu Ecopark

Location
Follow us
Region
QR Code
[mylisting_qrcode size="300"]
Last Updated

December 8th, 2022

Closed
Open hours today: 8:00 am - 7:30 pm Toggle weekly schedule
  • Monday

    8:00 am - 7:30 pm

  • Tuesday

    8:00 am - 7:30 pm

  • Wednesday

    8:00 am - 7:30 pm

  • Thursday

    8:00 am - 7:30 pm

  • Friday

    8:00 am - 7:30 pm

  • Saturday

    8:00 am - 7:30 pm

  • Sunday

    8:00 am - 7:30 pm

  • April 26, 2024 7:34 pm local time

Categories
  • No comments yet.
  • Add a review
    ×