Site logo

Lokasi Sarapan Pagi Di Kuantan

Facebook
Twitter
LinkedIn

Pertama kali sampai di Kuantan? Sedang mencari lokasi sarapan yang best? Berikut kami kongsikan lokasi-lokasi menarik sarapan pagi di Kuantan, Pahang Darul Makmur.

Warung Gulai Kawah

Warung Gulai Kawah By VisitPahang.my
Warung Gulai Kawah By VisitPahang.my

Warung Gulai Kawah terletak di tepi jalan Kuantan-ByPass berhampiran Dewan Paya Besar Dato’ Sri Abdul Manan menyediakan pelbagai pilihan sarapan pagi daripada aneka Roti Canai, Nasi Minyak, Nasi Kerabu, Laksam dan pelbagai lagi. Sekiranya anda datang tengahari terdapat juga pelbagai pilihan lauk-pauk untuk hidangan makan tengahari.

Kuantan Pickers & Kedai Kopi

Kalau nak sarapan ala-ala kopitiam, santai, dengan suasana klasik aokme boleh cuba Kuantan Pickers & Kedai Kopi.  Kalau tak silap terkini terdapat 2 cawangan di Kuantan, Pahang. Paling meriah adalah di cawangan Jalan Besar, Kuantan. Terdapat pelbagai pilihan daripada roti bakar, nasi dagang, nasi lemak, satay, kacang pool, kopi vietnam dan pelbagai lagi.

Roti Bakar Beserah

Roti Bakar Beserah memang terkenal dengan variasi roti bakarnya. Contohnya ada Roti Bakar Original, Roti Bakar Cheese dan Roti Bakar Beef. Rotinya juga lembut pasti menjadi kegemaran seisi keluarga terutamanya kanak-kanak. Terdapat juga menu lain seperti nasi lemak kukus, nasi dagang warisan, kachang pool dan pelbagai kuih muih. Disini juga terdapat Vietnam Coffee, Matcha Tea dan Milo Dinosour!

Gerai Beserah Jaya

Gerai Beserah Jaya yang terletak berdekatan simpang jalan ke Pantai Pelindung, berdepan dengan Petron Beserah, menyediakan pelbagai pilihan sarapan pagi seperti roti canai, nasi lemak, nasi dagang, kuih muih dan juga lauk-pauk bagi mereka yang biasa mulakan hari dengan nasi berlauk. 

Nasi Kerabu Mek La

Restoran Nasi Kerabu Mek La sememangnya cukup popular dengan Nasi Kerabunya. Bukan setakat itu sahaja, di sini juga terdapat pelbagai kuih muih tradisional yang sedap seperti Pulut Bakar Ikan, Tepung Pelita, Pukut Ikan Masin dan Tepung Bungkus disamping juadah lain seperti Nasi Minyak, Nasi Minyak dan Laksam. Ada juga jus mangga yang enak yang wajib dicuba! 

Kedai Makan KNF Fateen

Sekiranya aokme yang berada di Beserah pulak boleh cuba singgah di Kedai Makan KNF Fateen yang terletak di tepi jalan utama Jalan Beserah. Pelbagai pilihan daripada makanan berat seperti nasi kerabu, nasi dagang, nasi lemak, roti canai, kari daging, kuih muih dan pelbagai lagi pilihan lain yang pastinya memenuhi selera rakyat Malaysia.

Nasi Lemak Restoran Zaman

Nasi Lemak Restoran Zaman ini boleh dikatakan sebagai salah satu ikon tempat makan yang wajib singgah di Kuantan kerana telah establish lebih daripada 30 tahun di Kuantan. Kini ia diurus oleh anak kepada pemilik asal Restoran Zaman. 

Restoran Cucu Tok Merah

Sekiranya anda berada di Indera Mahkota, tak perlu keluar jauh anda boleh singgah bersarapan di Restoran Cucu Tok Merah. Terdapat variasi roti canai garing dan nasi dagang sedap yang boleh dicuba disini.

Watak Kopi

Watak Kopi pula adalah sebuah cafe yang sesuai untuk korang yang nak bersarapan dengan menu yang simple seperti roti bakar dan roti john. Terdapat 5 cawangan di Kuantan, Pahang. Cuba try minum “Kopi Kampung” disini. Kopi pekat dan pahit!

Kaarsturi

Kaarstury by Caramela juga merupakan sebuah tempat sarapan yang berkonsepkan cafe yang sangat selesa untuk seisi keluarga. 

Kalau rasa nak makan roti canai dengan kari kambing power, boleh datang singgah Warong Roti Kambing Zam, memang padu! Tapi kalau nak bungkus balik kena order awal, hanya yang makan yang akan dapat awal. Klik link dibawah untuk dapatkan nombor hp beliau untuk tempahan awal!

Nasi Minyak Warisan Eda Yasin juga merupakan restoran yang menyediakan pelbagai pilihan juadah sarapan pagi di Kuantan. Ia terletak di Jalan Tanjung Api, berhampiran dengan Taman Gelora. Aokme kena cuba nasi minyak warisan dulu, baru boleh tengok hidangan lain! Rambang mata aok wehhh nok cuba belaka!

Restoran Baina Nasi Kerabu ini popular dengan sarapan masakan pantai timur especially Nasi Kerabu. Selain itu terdapat juga nasi minyak, nasi dagang, mee goreng, solok lada, dan pelbagai kuih muih.

More to explorer

  • No comments yet.
  • Add a comment
    ×