Site logo

Lokasi Terbaik Makan Tengah Hari Selera Kampung di Kuantan

Facebook
Twitter
LinkedIn
Lokasi Terbaik Makan Tengah Hari Selera Kampung Di Kuantan by VisitPahang.my
Lokasi Terbaik Makan Tengah Hari Selera Kampung Di Kuantan by VisitPahang.my

Kuantan ni tak kalah kalau bab makan tengah hari selera kampung yang bukan sahaja penjadi pilihan pelancong, malah turun menjadi pilihan orang lokal atau penduduk Kuantan itu sendiri. Mau tidaknya, kalau kita lihat kebanyakan warung atau restoran selera kampung yang akan kami kongsikan pasti penuh sesak bila tiba waktu makan tengah hari. Jadi pastikan anda rancang perjalanan anda supaya dapat singgah lebih awal, supaya dapat pilih tempat duduk lebih selesa dan buat pilihan lauk-pauk yang baru dihidangkan.

Berikut antara lokasi terbaik makan tengahari selera kampung di Kuantan.

eatCabin

Di eatCabin bukan sahaja menyajikan hidangan makan tengah hari selera kampung seperti Gulai Patin Tempoyak, Pais Patin, dan Asam Pedas Belanga, malah ia juga menyediakan menu hidangan barat seperti pasta, Portuguese Grill, Lamb dan Chicken Grill, Grill Platter dan sebagainya. Selain itu anda dapat menikmati hidangan dalam premisnya yang sangat selesa dalam ruangan yang berhawa dingin. 

Nasi Ulam D'Pondok

Membaca namanya sahaja sudah menggambarkan identiti masakan selera kampung, begitulah kebanyakan lauk-pauk yang terdapat di restoran ini. Nasi Ulam D’Pondok yang terletak di tengah bandaraya Kuantan, memang popular dikalangan warga Kuantan untuk juadah makan tengah hari selera kampung. Jika anda datang hari bekerja, pastikan anda elakkan pada sekitar waktu rehat. Jika tidak, pasti akan beratur panjang, atau terpaksa menunggu meja kosong untuk menikmati makan tengah hari. Ia dibuka seawal 7 pagi turut menyediakan pelbagai menu hidangan sarapan pagi seperti nasi lemak dan roti bakar goyang.

Restoran Mabiq

Terdapat 3 cawangan Restoran Mabiq di Kuantan yang menyediakan hidangan makan tengah hari selera kampung. Antara hidangan yang popular adalah Daging Salai Masak Lemak, Daging Salai Goreng, Patin Masak Tempoyak, Lempung Berlada, Kerabu Ulam dan pelbagai lagi. Kelebihan anda makan disini adalah, sebahagian bayaran anda nanti akan disumbangkan kepada pengurusan Maahad Bahasa dan Ilmu Al-Quran (MaBIQ). 

Warung Aja

Warung Aja yang terletak berhampiran Masjid Bukit Setongkol, Kuantan ini juga merupakan sebuah restoran makan tengah hari selera kampung yang sangat popular. Disini terdapat lebih daripada 30 menu pilihan lauk yang disediakan setiap hari. Menu pilihannya juga pelbagai daripada selera kampung seperti Ikan Bakar, Ayam Percik, Sotong Bakar, Kambing Bakar, scramble egg sosej, pelbagai jenis sayur, ulam-ulaman dan pelbagai lagi menu yang pastinya bikin pelanggan rambang mata! 

Nasi Ulam Ikan Bakar Balok

Jika anda berada sekitar Balok, bolehlah singgah di warung Nasi Ulam Ikan Bakar Balok. Di sini tak kurang hebatnya hidangan makan tengah hari yang disediakan seperti ikan keli, ikan talapia goreng dan bakar, ikan kembung bakar, gulai patin tempoyak, kari ayam, sambal terung, ulam-ulaman dan pelbagai lagi.

Restoran Ratu Patin

Restoran ratu patin merupakan restoran 3 tingkat di tengah bandaraya kuantan. Restoran ini menyediakan lebih 100 jenis makanan tradional malaysia amnya dan makanan tradisional Pahang khususnya. Antara lauk pauk yang menjadi tumpuan pengunjung yang datang adalah pais patin, gulai tempoyak patin, daging salai masak lemak cili api, siput sedut, gulai kawah, kari kambing, perut asam, sambal hitam, pelbagai jenis kerabu dan ulam-ulaman.

Restoran Sedap Weh

Kalau anda dalam perjalanan dari Gebeng ke atau berada di Jalan Kuantan-ByPass, bolehlah singgah di Restoran Sedak Weh yang terletak betul-betul di tepi jalan utama. Pastikan anda meletakkan kenderaan anda dengan selamat dan tidak menggangu kenderaan lalu-lalang. Disini terdapat lebih 80 hidangan masakan Pahang untuk pilihan anda seperti, pelbagai masakan ikan seperti patin, keli, talapia, ikan pekasam, aneka sambal, daging salai, sotong sayur, ulam dan pelbagai lagi.

Restoran Sup Gearbox Adanan

Kalau anda dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah ke Gebeng atau berada di Jalan Kuantan-ByPass, boleh juga singgah di Restoran Sup Gearbox Adanan yang terletak betul-betul di tepi jalan utama. Kedudukannya tidak jauh daripada Restoran Sedap Weh yang berada diseberang jalan utama. Disini disediakan menu sarapan pagi, makan tengah hari dan juga makan malam. Antara yang popular disini adalah aneka sup yang disediakan selain daripada hidangan selera kampung. 

Restoran D'Wan Family

Di Jalan Permatang Badak terdapat sebuah kedai makan tengah hari yang tak kurang hebatnya iaitu Restoran D’Wan Family yang menyediakan pelbagai menu seperti patin tempoyak, talapia goreng, sotong bakar, ikan pari bakar, ayam percik, gulai daging kawah, keli goreng, aneka ulaman dan sayur tumis, dan pelbagai lagi lauk yang menarik untuk dipilih. D’wan juga mempunyai 3 cawangan lain yang anda boleh semak di pautan dibawah.

More to explorer

  • No comments yet.
  • Add a comment
    ×