Site logo

Lokasi minum petang bersama keluarga di Kuantan

Facebook
Twitter
LinkedIn

Kemana nak minum petang bersama keluarga di Kuantan ni ya? Kita tanya orang rumah, orang rumah tanya kita balik. Sudohnya jeng gitu lah yek haha. Biasanya kalau orang tanya on the spot memang boleh jadi blur sekejap. 

Lebih-lebih lagi bila mak, ayah, atok, nenek, atau saudara mara yang datang dari luar Pahang bertandang, mestilah memerlukan lokasi yang sesuai dimana yang tua boleh santai duduk bersembang, manakala anak-anak boleh bermain atau berjalan-jalan menikmati pemandangan sekitar?

Ahaaa… berikut adalah lokasi minum petang bersama keluarga di Kuantan. Klik pada nama lokasi untuk dapatkan peta ke lokasi.

Pantai Rekreasi Kampung Padang
Pantai Rekreasi Kampung Padang

Pantai Kempadang merupakan pantai yang semakin popular di Kuantan. Jika anda bercadang untuk singgah pada hari minggu maka bersedialah untuk meredah jem untuk sampai ke destinasi. Tapi jem di Kuantan tak samalah seperti di KL. Cuma keadaannya agak sibuk dengan kenderaan disebabkan terdapat pelbagai aktiviti menarik yang terdapat di Pantai Kempadang selain minum petang. Ada aktiviti ATV, aktiviti Berkuda, mini kereta api dan pelbagai lagi aktiviti lain. Terdapat restoran dan juga gerai-gerai jualan yang menjual pelbagai juadah yang tinggal anda pilih sahaja!

Karipap Panas Taman Gelora
Karipap Panas Taman Gelora

Taman Gelora merupakan antara tempat paling popular untuk minum petang bersama keluarga. Di Taman Gelora terdapat pelbagai gerai popular yang menjual pelbagai juadah minum petang seperti karipap panas, coconut shake, cendol dan abc, goreng pisang dan keropok, mee sup dan lain-lain. Selain itu terdapat taman pemainan untuk anak-anak, track jogging di bawah pepohon rhu, dan juga pantai yang bersih bagi menikmati pemandangan dan angin petang.

Mee Kari Beserah
Mee Kari Beserah

Mee Kari Beserah terletak berhampiran pantai Pelindung merupakan sebuah gerai makan yang terkenal dengan Mee Kari dan juga Mee Calong serta pelbagai menu lain yang sesuai untuk seisi keluarga. Selepas makan korang boleh jalan-jalan ambil angin di tepi pantai Pelindung, Beserah.

Pantai Sepat
Pantai Sepat

Pantai Sepat juga merupakan sebuah lagi lokasi yang menarik untuk mencari minum petang. Terdapat pelbagai restoran dan gerai jualan di sepanjang jalan di Pantai Sepat. Pantai Sepat juga menjadi pilihan untuk berkhemah. Seperti Pantai Kempadang, Pantai Sepat juga agak sibuk pada hari minggu. 

Warong Calong Boat House juga merupakan sebuah gerai yang terletak di tepi Pantai Pelindung, Beserah. Ia terletak beberapa meter sahaja daripada Mee Kari Beserah. Mee Calong merupakan menu yang paling popular. Anda boleh menikmati minum petang sambil membiar anak-anak bermain ditepi pantai disebabkan lokasinya yang betul-betul menghadap pantai.

Pantai Batu Hitam juga mempunyai food court yang menjual pelbagai jenis juadah minum petang yang sesuai untuk semua. Terdapat kemudahan parking, surau dan toilet yang bersih. Pantainya juga cantik dan landai sesuai untuk berjalan menyusur pantai atau pun mandi-manda. 

Pantai Teluk Cempedak sepatutnya tak perlu diperkenalkan lagi. Kalau tetamu tak pernah sampai, memang wajib bawa singgah. Tak sah kalau sampai di Kuantan, tetapi tak pernah jejak di TC. Terdapat pelbagai pilihan minum petang dan aktiviti di Teluk Cempedak yang merupakan salah satu lokasi tourism di Pahang.

Warung Mek Aku yang terkenal dengan menu mee udang terletak di pinggir Sungai Kobat berhampiran Indera Mahkota. Lokasinya agak tersorok dan perlu melalui kawasan sawah padi untuk sampai ke destinasi. Anda boleh menikmati minum petang sambil melihat pemandangan Sungai Kobat dan rumah rakit yang terdapat berhampiran.

More to explorer

  • No comments yet.
  • Add a comment
    ×