Site logo
Description

Rumah Rakit & Chalet Maya menawarkan 5 buah pilihan rumah rakit dengan harga yang berbeza mengikut keluasan setiap rumah rakit. Harga yang ditawarkan bermula daripada RM150 sehingga RM300 untuk penginapan 1 malam. Terdapat 2 buah rumah rakit yang mempunyai sebuah bilik tidur, manakala 3 buah rumah rakit lagi mempunyai 2 buah bilik tidur. Pengunjung boleh memilih sama ada ingin menginap di rumah rakit yang mempunyai bilik tidur bersaiz single atau yang bersaiz queen mengikut keselesaan masing-masing. Kesemua rumah rakit kami mempunyai dapur dengan peralatan masak asas yang lengkap.

Jika anda tiada perancangan untuk bermalam di rumah rakit, anda masih boleh merasai keseronokan memancing udang galah Sungai Rompin dengan membuat tempahan slot memancing di pelantar memancing kami yang telah pun 90% siap dan akan mula menerima kedatangan kaki pancing tidak lama lagi. Harga bagi tempahan slot memancing adalah RM40/slot dengan masa yang diberikan untuk setiap slot adalah 5jam.

Rumah Rakit & Chalet Maya bukan sahaja menawarkan keseronokan hanya kepada kaki pancing, tetapi turut menawarkan suasana yang tenang dan damai di tepian Sungai Rompin. Dengan adanya persekitaran yang selamat juga, maka sangat sesuai bagi anda yang ingin membawa keluarga kesini untuk percutian singkat dan lari daripada kesibukan kerja.

Rumah Rakit dan Chalet Maya, Jln Kg.Sabak Feri, 26800 Kuala Rompin, Pahang

Location
  • Rumah Rakit dan Chalet Maya, Jln Kg.Sabak Feri, 26800 Kuala Rompin, Pahang

Follow us
Region
QR Code
[mylisting_qrcode size="300"]
Last Updated

July 23rd, 2023

Open
Open 24h today Toggle weekly schedule
  • Monday

    Open 24h

  • Tuesday

    Open 24h

  • Wednesday

    Open 24h

  • Thursday

    Open 24h

  • Friday

    Open 24h

  • Saturday

    Open 24h

  • Sunday

    Open 24h

  • May 18, 2024 8:19 am local time

  • No comments yet.
  • Add a review
    ×